Akaun kunanta.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tadabbur Al-Quran Bersama Sheikh 'Arefe

Tadabbur Al-Quran Bersama Sheikh 'Arefe
Mengapa saya perlu fahami al-Quran?

Al-Quran adalah kitab suci yang akan dijaga oleh Allah S.W.T hingga akhir zaman. Ia adalah cahaya dan petunjuk dari Allah S.W.T supaya manusia dapat kembali kepada Penciptanya yang sebenar.

Hanya al-Quran yang dapat beri gambaran tentang Kekuasaan dan Keagungan Allah S.W.T. Tanpa panduan al-Quran, manusia akan sesat dan terus melakukan dosa bahkan kerosakan tanpa rasa takut. 

Tetapi apabila kita faham tentang konsep Syurga dan Neraka, pasti kita berlumba membuat kebaikan dan takut melakukan kejahatan.

"Dengan mendalami kitab al-Quran, saya rasa lebih jelas tentang tujuan hidup. Tak sangka ini rupanya yang buat hati rasa lebih tenang.."

Benarlah firman Allah S.W.T 
 "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
-Surah Ar-Radd, ayat 28-

Sungguh benar, apabila manusia mengenal dan mengingati Allah S.W.T, maka jiwanya sudah kembali kepada fitrah. Lalu hati menjadi tenang dan pasti membawa kepada sabar kerana yakin dengan janji-janji Allah S.W.T.



Ikuti pengembaraan al-Quran bersama Sheikh 'Arefe, tokoh ulama hebat dalam bidang Usuluddin dan Aqidah.

Beliau merupakan antara pendakwah yang termasyhur di peringkat antarabangsa dan dakwah beliau diikuti oleh lebih kurang 23 Million orang dari seluruh dunia. Di samping itu,
beliau juga kerap dijemput ke program-program kaca televisyen Arab.


ALHAMDULILLAH

Kini Kun Anta menyediakan kursus tadabbur beliau yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Kursus ini dipecahkan kepada topik-topik kecil supaya mudah difahami dan dikuasai.

Bersama beliau, kita akan mendalami topik-topik terpenting di dalam Al-Quran mengikut turutan surah seperti di bawah :


Tadabbur Surah An-Naba’ (7 Video)

Episod 1   :
Kenapa kursus ini sangat penting?

Episod 2   :
Hari Kiamat yang menggerunkan pasti terjadi juga

Episod 3   :
Betapa hebat dan telitinya ciptaan Allah S.W.T

Episod 4   :
Keindahan Dunia vs Ketakutan Kiamat

Episod 5   :
Huru-hara Kiamat & bahaya api Neraka

Episod 6   :
Penyesalan ahli Neraka vs Keseronokan ahli Syurga

Episod 7   :
Merungkai kehidupan di alam Akhirat


Tadabbur Surah An-Nazi’at (6 Video)

Episod 8   :
Para Malaikat dan tugas-tugas mereka

Episod 9   :
Betapa dahsyatnya hari Kiamat

Episod 10 :
Teguran Allah S.W.T 
kepada orang yang tidak takut hari Kiamat

Episod 11 :
Mukjizat Nabi Musa a.s yang diperlekehkan Firaun serta akibat keangkuhan Firaun

Episod 12 :
Hebatnya ciptaan Allah S.W.T 
tetapi semuanya bakal hancur

Episod 13 :
Pengakhiran pencinta Dunia & pencinta Akhirat


Tadabbur Surah ‘Abasa (4 Video)

Episod 14 :
Kenapa Nabi Muhammad s.a.w bermasam muka?

Episod 15 :
Teguran Allah S.W.T 
kepada Nabi Muhammad s.a.w dan pengajaran yang bermakna buat kita

Episod 16 :
Permulaan dan pengakhiran manusia

Episod 17 :
Nikmat Allah S.W.T 
dan pengakhiran manusia


Tadabbur Surah At-Takwir (3 Video)

Episod 18 :
Keadaan Makhluk yang menggemparkan pada hari kiamat kelak

Episod 19 :
Akibat buruk yang bakal menimpa ahli maksiat

Episod 20 :
Inilah mesej betapa agungnya Al-Quran

Tambahan Episod Baru (4 Video)

Episod 21 :
Apabila langit terbelah

Episod 22 :
Celakalah orang-orang yang curang

Episod 23 :
Melihat Allah S.W.T di Syurga

Episod 24 :
Orang mukmin mentertawakan orang kafir pula di akhirat


Anda akan menerima video-video seperti list di bawah. Seronok kan dapat tonton dengan mudah di Youtube?




Masih banyak lagi sambungan surah-surah lain yang kami sedang siapkan inshaAllah. Jika anda dapatkan 24 episod ini hari ini bermakna anda akan dapat lagi video-video tadabbur yang akan ditambah dari semasa ke semasa secara percuma. 

Doakan supaya projek penterjemahan Kun Anta dimudahkan dan dapat disiapkan keseluruhannya.

Setiap pembelian dari para Tuan dan Puan akan membantu kos operasi dan usaha dakwah Kun Anta.

Syukran Jazilan, Jazakumullahu Khaira.

Jom dapatkannya sahabat-sahabat. Berbaloi untuk merawat hati serta menguatkan iman kita.

DAPATKAN SEGERA DI BAWAH INI


Perlukan Bantuan?